Showing posts with label Gossip Artis Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Gossip Artis Indonesia. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Dewi tolak aksi ghairah

JAKARTA: Walaupun sentiasa dikenali dengan aksi berani di depan kamera, kali ini Dewi Persik menukar sikap dengan menerima tawaran berlakon dalam filem lebih sopan. Bercakap kepada media mengenai filem terbarunya itu, Lihat Boleh Pegang Jangan, Dewi berkata, dia bersetuju membawa watak ditawarkan kerana skrip tidak memerlukannya bercium atau mendedahkan tubuh.

“Jika dalam filem ini ada adegan bercium, tentu saya tolak.

“Saya menerima tawaran ini kerana di dalamnya tiada adegan seperti itu,” katanya.

Dewi, 24, adalah artis yang lebih dulu dikenali sebagai penyanyi dangdut sebelum menceburi bidang lakonan.

Selebriti berdarah kacukan Cina itu pernah berkahwin dengan seorang lagi penyanyi dangdut, Saiful Jamil, pada Mei 2005 tetapi bercerai kira-kira setahun kemudian.

Kata Dewi, Lihat Boleh Pegang Jangan akan menjalani penggambaran sehingga Ramadan ini.

Filem genre itu dijadual ditayangkan di pawagam menjelang Aidilfitri.

Dalam filem produksi syarikat Maxima itu, Dewi membawa watak sebagai Salma, seorang penjual bakso wanita yang cuba dipikat dua lelaki.

Watak seorang daripada lelaki itu dipegang Dimas Seto.

Katanya, disebabkan penggambaran dilakukan pada bulan puasa, dia enggan membawa watak yang melampau.

“Ini filem komedi dan sesuai ditonton sesiapa saja,” katanya. - Agensi

Thursday, August 5, 2010

Isteri Raul sokong suami diusir balik


JAKARTA - Isteri ahli perniagaan Raul Lemos dari Timor Leste, Sechah Salem Sagram menyambut baik desakan sebuah badan bebas tempatan yang mahu pihak berkuasa imigresen Indonesia menghantar pulang suaminya balik ke Timor Leste kerana bercium dengan penyanyi Krisdayanti di sebuah restoran, lapor sebuah akhbar semalam.

Sechah yang turut dikenali sebagai Ata berkata, desakan pertubuhan yang dikenali sebagai Pemantau Polis Indonesia itu yang mahu Raul diusir adalah wajar kerana suaminya bersikap tidak bermoral apabila mencium kekasihnya di tempat awam.

Adegan yang dianggap mempunyai unsur-unsur pornografi itu dilakukan di hadapan sekumpulan petugas media yang membuat liputan semasa sidang akhbar penyanyi itu diadakan di sebuah restoran mewah pada 22 Julai lalu.

"Ya, memang wajar (suaminya diusir) kerana ia (perbuatan mencium itu) dibuat dengan sengaja walaupun dia (Raul) mendakwa perbuatan tersebut tidak disengajakan," katanya dengan nada kesal ketika ditemui di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini semalam. - Agensi

Monday, August 2, 2010

Ariel pernah simpan foto seksi dalam dompet

Setiap hari ada sahaja cerita yang belum berkesudahan pasal penyanyi kacak dan sensasi Peterpan, Ariel. 

Sehingga sekarang nampaknya Ariel belum lagi didakwa walaupun pihak polis meletakkan namanya sebagai orang disyaki utama dalam kes penyebaran video porno membabitkan lelaki persis dirinya bersama dua wanita mirip Luna Maya dan Cut Tari.

Bila ada kes macam ini Che Li teringat pernah berjumpa dengan Ariel ketika kali pertama Peterpan mengadakan promosi di Malaysia pada tahun 2005. Che Li pada masa itu bertugas di majalah URTV.

Pada masa itu kecoh pasal Ariel yang dikatakan telah menghamili peminat. Ariel biasa saja memberi respons terhadap gosip tersebut.

"Kami hanya diam saja apabila ada cerita tidak benar pasal kami. Kalau ada yang perlu dijelaskan... kami jelaskan dan hasilnya peminat masih percayakan kami.
"Saat ini selepas banyak cerita negatif pasal kami, saya nampak peminat masih menerima kami seperti sebelum timbulnya cerita itu," kata Ariel.

Adakah isu video porno yang sedang dilalui oleh Ariel masih tidak mematikan cinta peminat terhadapnya? Jawapannya kena tunggu dan lihat selepas isu ini diselesaikan. Ariel masih belum dibuktikan bersalah walaupun banyak orang mengatakan lelaki dalam video seks itu adalah dirinya.

Pernah simpan gambar ghairah
Dalam pertemuan itu Che Li ada meminta kesemua anggota peterpan mendedahkan apa yang ada di dalam dompet mereka. Dompet Ariel juga tidak ketinggalan Che Li selongkar.
Sebelum membenarkan Che Li selongkar dompet, Ariel terlebih dahulu mengeluarkan sekeping gambar. Che Li tak nampak gambar apakah yang disorok oleh Ariel. Che Li membuat tanggapan baik, mungkin gambar isterinya sebab pada masa itu Ariel sudah bernikah.

Che Li tanya, adakah gambar itu terlalu peribadi sebab ia gambar yang seksi? Ariel dengan selamba mengiyakannya.

"Gambar ini koleksi peribadi yang tidak boleh ditunjukkan. Ada barang peribadi yang tidak boleh dikongsi kerana ia bermakna untuk saya sahaja," kata Ariel pasal sekeping gambar misteri itu.
Gambar siapakah yang ada dalam dompetnya ketika itu hanya Ariel yang tahu. Apabila ada kes penyebaran koleksi peribadi Ariel yang diceroboh dan diedarkan di Internet, Che Li mula terbayang.... agaknya Ariel suka menyimpan sesuatu yang terlalu peribadi

Saturday, July 31, 2010

Luna Maya disapa orang ramai




Kedatangan Luna Maya, artis yang menjadi suspek dalam kes video lucah ke ibu pejabat polis hari ini, menarik perhatian sejumlah masyarakat dan peniaga yang berada di kawasan berdekatan.
Mereka yang kebanyakannya lelaki, berkerumun di pagar pintu belakang bangunan polis sebaik mengetahui kehadiran Luna.

Ketika kekasih vokalis Nazriel Irham alias Ariel itu keluar sekitar pukul 3.15 petang, mereka menyapa dan memanggil nama Luna.

“Cik Luna! Cik Luna! Apa khabar? Kamu sangat cantik,” teriak mereka.

Mendengar namanya dipanggil, Luna hanya menoleh sebelum tersenyum sambil cuba menutup wajah dengan selendang ungu bertompok hitam yang dipakainya.

Seperti sebelum ini, Luna hanya membisu ketika dihujani soalan pemberita yang berulang seperti sempat bertemu dengan Ariel atau tidak.

Sementara itu, peguam kepada suspek yang didakwa sebagai orang pertama memuat naik video lucah, RJ alias Reza Rizaldy, menafikan anak guamnya bakal disoal siasat bersama suspek lain.

Nikko Kresna menegaskan Reza masih disoal siasat dan keadaan bergantung kepada penyiasatan.
Dia turut membantah khabar angin yang menyatakan Ariel menyuruh Reza untuk mengedit video tersebut. 

Reza ketika ditemui selepas keluar dari ibu pejabat polis hari ini kelihatan tenang malah masih boleh bergurau.

Nikko menyatakan setakat ini anak guamnya memberi kerjasama dalam penyiasata, termasuk soal siasat hari ini yang berlangsung selama tujuh jam.

Penyiasat mengesyaki Reza bertanggungjawab menyebarkan beberapa video lucah Ariel. –

Thursday, July 29, 2010

Gambar dan Video Agnes Monica bogel tersebar

 Industri hiburan Indonesia sentiasa diwarnai dengan cerita-cerita panas. Belum reda dengan video seks Ariel – Luna Maya – Cut Tari, terbaru, muncul pula video dan gambar bogel Agnes Monica dalam tab mandi.
Agaknya, dah jadi budaya artis, tak kira dimana…jadi artis jer mesti bogel….bogel jer mesti artis.
Sejauh mana kebenaran gambar dan video bogel Agnes Monica…dia jer yang tau, namun apa yang pasti si Agnes ni memang suka berseksi-seksi…

MyMetro: Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di Internet baru-baru ini adalah dirinya.
“Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,” katanya, semalam.

Minggu lalu, gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.
Kata Chrish, kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

“Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,” katanya.
Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.
“Foto Agnes itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.

“Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Agnes berkata, orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal sentiasa bersifat ‘suci’.

“Pantang-larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,” katanya.

Walau macam mana pun oran tetap beranggapan sedemikian atas alasan gambar-gambar seksi dan seksa di bawah.



Gambar Krisdayanti bercium dengan Raul Lemos


KRISDAYANTI yang sebelum ini menafikan hubungan terlarangnya dengan Raul Lemos telah mengemparkan dunia hiburan Indonesia baru-baru ni.. dengan selambanya Krisdayanti mencium mulut dengan Raul Lemos yang sebelum ini dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Krisdayanti dan Anang.. Krisdayanti dan Raul Lemos yang bercium di sidang media Radio Dalam dikatakan tanpa segan silu mengulangi ciuman itu apabila diminta oleh pihak media..


Ciuman yang disahkan haram tu terjadi semasa Raul sedang agak emosi menceritakan kepada media mengenai apa yang terjadi dan dengan manjanya Krisdayanti mencubit pipinya dan terus mencium di bibir Raul.. Para media yang terkejut dengan tindakan Krisdayanti tu menyuruh Krisdayanti mengulangi ciuman tu lagi.. dan percaya atau tidak.. tanpa perasaan bersalah Krisdayanti dengan selambanya mencium Raul sekali lagi sambil gambarnya dirakam oleh pihak media di Indonesia..

MyGosip harap Krisdayanti sedar apa yang dia lakukan ni sememangnya salah disisi agama.. Macam mana lah perasaan anak-anak dia kan.. Apa-apa pun.. jom kita layan gambar Krisdayanti bercium dengan Raul Lemos nie… ish ish ish…

 Selamba aje muka dua orang ni kan?


Islamic Greeting Card