Saturday, July 31, 2010

Luna Maya disapa orang ramai




Kedatangan Luna Maya, artis yang menjadi suspek dalam kes video lucah ke ibu pejabat polis hari ini, menarik perhatian sejumlah masyarakat dan peniaga yang berada di kawasan berdekatan.
Mereka yang kebanyakannya lelaki, berkerumun di pagar pintu belakang bangunan polis sebaik mengetahui kehadiran Luna.

Ketika kekasih vokalis Nazriel Irham alias Ariel itu keluar sekitar pukul 3.15 petang, mereka menyapa dan memanggil nama Luna.

“Cik Luna! Cik Luna! Apa khabar? Kamu sangat cantik,” teriak mereka.

Mendengar namanya dipanggil, Luna hanya menoleh sebelum tersenyum sambil cuba menutup wajah dengan selendang ungu bertompok hitam yang dipakainya.

Seperti sebelum ini, Luna hanya membisu ketika dihujani soalan pemberita yang berulang seperti sempat bertemu dengan Ariel atau tidak.

Sementara itu, peguam kepada suspek yang didakwa sebagai orang pertama memuat naik video lucah, RJ alias Reza Rizaldy, menafikan anak guamnya bakal disoal siasat bersama suspek lain.

Nikko Kresna menegaskan Reza masih disoal siasat dan keadaan bergantung kepada penyiasatan.
Dia turut membantah khabar angin yang menyatakan Ariel menyuruh Reza untuk mengedit video tersebut. 

Reza ketika ditemui selepas keluar dari ibu pejabat polis hari ini kelihatan tenang malah masih boleh bergurau.

Nikko menyatakan setakat ini anak guamnya memberi kerjasama dalam penyiasata, termasuk soal siasat hari ini yang berlangsung selama tujuh jam.

Penyiasat mengesyaki Reza bertanggungjawab menyebarkan beberapa video lucah Ariel. –

No comments:

Post a Comment

Islamic Greeting Card