Showing posts with label Gossip Artis Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Gossip Artis Hollywood. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Bukan seteru Lady Gaga



MENEGASKAN dia tidak meniru Lady Gaga, sebaliknya idea menghasilkan album Bionic muncul sejak dua tahun yang lalu.



PENYANYI bervokal lantang, Christina Aguilera yang turut digelar Xtina, Baby Jane dan Madame X pernah membikin kejutan apabila mempersoalkan siapa Lady Gaga dalam belantika muzik antarabangsa pada November 2008. Kata-kata Christina itu sedikit sebanyak menebar angin kontroversi akibat dianggap kurang peka terhadap sensitiviti orang lain. 

"Siapa Lady Gaga? Saya tidak pernah dengar tentangnya. Terus- terang, saya tidak ada idea sama ada dia lelaki atau wanita. Lagipun, saya kurang menghabiskan waktu melayari Internet atau jarang ambil tahu perkembangan selebriti lain. Saya sentiasa hidup dalam dunia sendiri kerana hendak berusaha memajukan karier."

Tidak terhenti di situ, konflik Christina - Lady Gaga bagaimanapun berlarutan tanpa mampu dibendung. Enggan memanjang cerita, Lady Gaga kebal dengan pendirian menutup mulut. Christina pula seperti menggali lubang kubur sendiri ketika diwawancara majalah Out tahun lalu, yang sambil tertawa kelucuan menghurai personaliti 'seterunya': "Oh pendatang baru ini? Rasa kelakar apabila tengok dia."

Selepas menyedari bicara tersebut memakan diri, anak kelahiran Pennsylvania, Amerika Syarikat itu meluah rasa menerusi laman web rasmi miliknya. Dalam nada rendah diri, dia memuntahkan beragam rasa dalam hati agar isu itu tidak lagi dibangkit kemudian hari.

"Kepada para peminat, di sini saya ingin memperbetulkan situasi yang menjadi perhatian masyarakat. Sejujurnya, mudah saja untuk seseorang beri komen atau kritikan negatif terhadap orang lain sekali gus mewujudkan drama berlaku antara golongan wanita.

"Hakikatnya, saya tiada langsung persengketaan dengan Lady Gaga atau artis wanita lain dalam bisnes hiburan ini. Pada pendapat saya, Lady Gaga merupakan seorang penyanyi yang hebat ditambah dia tidak gentar menampilkan kelainan tersendiri, baik karya mahupun persembahan di atas pentas. 

"Tidak mengambil waktu panjang, Lady Gaga berhasil melakar kejayaan dengan memupuk segenap usaha keras dan fokus terhadap apa saja dilakukan sebelum ini. Tiada lainnya, saya amat hormati dia. Usah perbesarkan lagi cerita ini kerana setiap manusia ada ruang untuk memperbaiki diri. 

"Ini bukan kali pertama saya difitnah tidak senang dengan kemunculan artis wanita baru. Saya harap isu ini jadi yang terakhir. Selepas ini, saya tidak mahu lagi komen tentang 'masalah' dengan Lady Gaga," luah ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Max Liron Bratman yang baru berusia dua tahun setengah itu.
Jika difikir semula, Christina dan Lady Gaga merupakan dua individu berlainan termasuk aliran muzik masing-masing. Christina yang sudah lama memperjuangkan kudrat sebagai anak seni punya kekuatan vokal lebih bagus berbanding Lady Gaga. Malah, pesonanya sendiri membuatkan dia terus selesa dalam liganya meskipun banyak permata baru hadir mengisi posisi kosong bidang seni suara.

Karma

Barangkali terkena tempias hukum karma, figura berusia 30 tahun itu kini dikatakan meniru selebriti yang lekas menjadi fenomena peminat dari seluruh dunia. Paling ketara, Christina dikhabarkan muncul dengan imej baru menyerupai Lady Gaga termasuk fesyen rambut, mekap, pakaian pelik dan koreografi tarian sewaktu mengadakan pertunjukan pentas.

Bercakap soal fesyen, Christina tidak dinafikan selalu tampil dengan stail tertentu. Setiap kali muncul dengan naskhah baru, dia tidak pernah berhenti cuba bereksperimen. Biarpun ada sesetengah gaya kelihatan pelik dan terlalu seksi, Christina bagaimanapun mampu membawa imej baru tersebut tanpa dilihat ada canggungnya.
Cuma, keadaan bertambah kecoh apabila isteri kepada komposer terkenal, Jordan Bratman, 33, itu menghasilkan video muzik single terbaru, Not Myself Tonight dengan elemen yang pernah dipersembahkan Lady Gaga menerusi Bad Romance.
 
Tanpa mengambil masa panjang mempertahankan diri, penghibur terbiasa menganuti jalur muzik pop, R&B, soul dan blues itu memberitahu, tempoh 10 tahun bergelar karyawan membuatkan dia meraih pelbagai pengalaman termasuk sepak terajang dalam industri mencabar itu.

"Selama ini, saya telah menonjolkan pelbagai konsep baik album atau cara berfesyen. Kalau dituduh menciplak idea Lady Gaga, nampaknya saya sekadar perlu berdiam diri. Lagipun, tidak berbaloi setiap nafas saya bercakap tentang isu remeh-temeh ini. Hanya kualiti kerja saya sepanjang 10 tahun lepas mampu menjawab segala-galanya," tutur Christina yang seharusnya sudah mampu berbangga dianugerah karier terus cerah dan keluarga bahagia.

Sisi wanita Bionic

Berpengalaman penuh merakam tiga album studio - Christina Aguilera pada tahun 1999, Stripped (2002) dan Back To Basics (2006), terbaru, Bionic yang telah dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada 8 Jun lalu menonjolkan sisi lain penyanyi berkenaan.

Dihamparkan banyak reviu positif berbanding negatif daripada pengkritik album, naskhah berkiblat R&B, pop, electropop dan synthpop itu dianggap istimewa kerana berfizikal futuristik. Jauh berbeza daripada tiga naskhah pernah dilahirkan sebelum ini.

"Idea membikin album keempat ini datang sejak dua tahun lalu. Waktu itu, saya telah cari material bagi dipenuhi ke dalam Bionic. Kemudian, saya berhenti seketika kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek filem muzikal, Burlesque arahan Steve Antin sekitar November 2009. 

"Sebaik saja komitmen dengan filem ini berakhir, saya tidak berbuat apa-apa kerana ingin merehatkan diri selepas penat menghabiskan waktu panjang di lokasi penggambaran. Masa sama, idea muncul mencurah-curah untuk menyiapkan album baru.

"Bayangkan, saya ada perkara mahu diperkata serta banyak ilham hendak ditulis dalam lagu-lagu baru. Lantaran itu, Not Myself Tonight sebagai single pertama saya dilahirkan. Rasa seronok melibatkan diri masuk studio sambil merakam lagu.

"Saya meraih ilham dengan muzik berirama elektronik termasuk penyanyi membawa genre jenis ini. Justeru, ada elemen elektronik disertakan dalam Bionic. Paling mengujakan, ada perbezaan tekstur pada alunan vokal saya yang tidak pernah terfikir hendak buat macam ini.

"Kesimpulannya, saya berjaya meneroka multi personaliti diri. Macam album-album terdahulu, setiap satunya menjadi representatif pengalaman kehidupan peribadi dan fungsi orang-orang di sekeliling membentuk saya.

"Bagi naskhah keempat ini, ia lebih berkisar saya sudah bergelar ibu, isteri dan terbaru pelakon," ujar Christina yang melakukan pentafsiran Bionic meninggalkan kesan ajaib terhadap dirinya dan peminat.

Album itu memerlukan kurang dua tahun untuk menyudahkan keseluruhan produksi itu terisi dengan lagu-lagu antaranya adalah Bionic, Not Myself Tonight, Woohoo, Elastic Love, Desnudate, Glam, Prima Donna, Morning Dessert, Sex For Breakfast, Lift Me Up, All I Need, I Am, You Lost Me, I Hate Boys, My Girls dan Vanity.

Wednesday, August 11, 2010

Amy jadi Janis



AMY ADAMS



SAH! Amy Adams telah dipilih untuk membawa karakter Janis Joplin dalam biografi epik penyanyi tersebut menerusi filem Janis Joplin: Get It While You Can. 

“Berita tersebut (Amy bawa watak Janis) adalah benar,” ujar agensi aktres tersebut kepada majalah Rolling Stone tentang pembabitannya dalam filem yang bakal diarah oleh Fernando Meirelles itu.
Pemilihan Amy sebagai pembawa watak figura legenda muzik itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana aktres tersebut sebelum ini pernah membawa watak penulis Julie Powell dalam filem Julie & Julia pada tahun 2009 yang mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis terkenal tersebut.
Bagaimanapun, informasi yang lain tentang filem tersebut masih belum diketahui, namun ia dijangka memulakan penggambaran pada tahun 2011.

Menurut sumber, skrip filem tersebut dimiliki Fox Searchlight yang ditulis oleh Ron Terry. Sementara, dua individu yang bertanggungjawab terhadap kemunculan filem saga Twilight, Marty Bowen Wyck Godfrey dijangka menjadi penerbit biografi epik tersebut.

Bukan pertama kali diterbitkan, kisah kehidupan Janis sebelum ini pernah diterbitkan dalam bentuk dokumentari menerusi beberapa versi. Malah, pada tahun 2003, aktres Renee Zellweger dikatakan bakal membawa watak Janis dalam filem yang diberi judul Piece of My Heart sebelum projek filem tersebut ‘beku’ begitu sahaja.-Dipetik dari Kosmo.

Saturday, August 7, 2010

Zac kunjungi kelab bogel





AKTOR remaja yang popular menerusi filem High School Musical, Zac Efron dilaporkan menghabiskan AS$2,000 (RM6,400) untuk mendapatkan khidmat penari bogel serta minuman alkohol di sebuah kelab bogel baru yang terletak di New York.

Zac bersama dua orang kawan lelakinya termasuk gandingannya dalam filem tersebut, Corbin Bleu - telah melawat kelab Flashdancers Gentlemen sehingga pukul 3 pagi. Pelakon itu yang bercinta dengan aktres Vanessa Hudgens sejak tahun 2005 dikatakan telah meminta tiga wanita berambut perang untuk melakukan aksi tarian bogel.

Menurut seorang saksi: "Zac datang lewat malam bersama Corbin dan seorang lagi kawan lelaki. Mereka menduduki tempat VIP di belakang pentas. Di sana, anda boleh melihat tiga wanita sedang menari. 

"Mereka juga memesan sebotol Vodka Belvedere dan menari bersama penari-penari bogel tersebut. Zac juga dilihat membayar semua bil pada malam itu.

Tambah sumber itu kepada akhbar New York Post: "Wanita-wanita itu sangat cantik, kelihatan sedikit seperti Vanessa. Nama mereka ialah Shannon dan Brandi dan seorang lagi merupakan wanita Brazil bernama Raquel."

Namun Zac dalam kenyataan balasnya berkata: "Vanessa tahu saya mengunjungi kelab bogel tersebut atau dalam erti kata lain saya meminta keizinan dia terlebih dahulu dan dia tiada masalah."

Lindsay makin selekeh di penjara

HOLLYWOOD: Lindsay Lohan dikhabarkan mungkin keluar dari penjara dalam keadaan tidak terurus kerana selama di penjara dia tidak dibenarkan untuk berdandan sama sekali.

Kakitangan penjara juga dikatakan tidak sabar menunggu Lindsay dibebaskan kerana pelakon Mean Girls ini sering menjadi tumpuan pihak media walaupun ketika di penjara.

Mereka dikatakan berasa rimas dengan tindakan media yang sering mencungkil maklumat sepanjang pelakon berusia 24 tahun itu menjalani hukuman.

Menurut jurumekap dan pendandan rambut Lindsay, mereka sudah dihubungi pengurus Lindsay supaya bersedia mendandan pelakon itu sebaik dia dibebaskan.

Sementara itu Lindsay dilaporkan menerima sebanyak 250 keping surat daripada peminatnya setiap hari sepanjang di penjara.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan membaca 20 keping surat bagi dua sesi dalam sehari. Pelakon itu juga perlu memulangkan semula kiriman yang sudah dibaca bagi mendapatkan kiriman yang baru.

Semua baki kiriman daripada peminatnya akan diberikan selepas dia keluar dari penjara kelak.

Ibu Lindsay, Dina berkata, dengan membaca surat peminat sekurang-kurangnya dapat menenangkan pelakon itu berikutan dia tidak diberi kemudahan telefon bimbit untuk menghubungi keluarga atau rakannya.

Lindsay yang sudah menjalani 11 daripada 90 hari hukuman dijangka bebas pada minggu hadapan. - Agensi.

Wednesday, August 4, 2010

Gambar Bogel Jolie Tersiar Di Majalah


ANGELINA Jolie kembali menjadi topik utama perbincangan masyarakat. Terbaru gambar-gambar bogel pasangan Brad Pitt ini muncul di majalah Star, terbitan Amerika Syarikat.

Majalah Star edisi mingguan itu menampillkan Jolie dan Pitt sebagai tajuk muka depannya.

Malah menurut sumber, pihak majalah itu mengaku memiliki lapan gambar bogel milik Jolie yang diambil pada tahun 1999.

Seperti dipetik dari portal Hollyscoop, Jolie dibergambar bogel dengan mendedahkan bahagian tertentu dengan ditutupi tilam.

Manakala dilehernya dikalungkan rantai berwarna hitam yang kebiasaannya dipakai oleh anjing.

Menurut Majalah Star, gambar-gambar tersebut diambil ketika Jolie berada dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah selama 14 jam.

Namun apa yang menghairankan rambut dan mekap Jolie sangat sempurna.

Bagaimanapun Jolie pernah mengakui dia pernah mengambil dadah. Dia membuat pengakuan itu di sebuah wawancara baru-baru ini.

"Secara jujurnya, saya bukan seorang yang sangat sempurna. Kita semua ada pengalaman buruk dalam diri masing-masing cuma ia berbeza-beza sahaja," ujar Jolie.

Sunday, August 1, 2010

Keluarga restu kahwin Orlando, Miranda

 
HANYA selepas sebulan mengumumkan berita pertunangan mereka, Orlando Bloom, 33, dan Miranda Kerr, 27, tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Kini sedang enak menikmati bulan madu mereka selepas berkahwin minggu lalu, nampaknya keputusan drastik mereka itu mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Keluarga model, Miranda malah mengaku bahawa Orlando adalah seorang lelaki yang begitu tradisional, beradab serta bertanggungjawab.

"Orlando adalah seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab. Dia mengikut adat dan tradisi apabila meminta izin daripada kami sendiri untuk menyunting Miranda. Mereka melakukannya dengan penuh tradisional, jadi kami melepaskan mereka tanpa keraguan.

"Saya percaya Orlando juga adalah lelaki yang baik. Mereka adalah pasangan yang begitu serasi. Apa yang kami mahu dan doa buat mereka adalah agar mereka hidup bahagia dan sihat. Malah saya tidak pernah melihat Miranda begitu bahagia dan sihat seperti mana dia sekarang," ujar ibu Miranda, Therese Kerr kepada majalah People.

Tambah Therese, mereka sekeluarga juga begitu teruja menerima bintang Lord of the Rings dan Pirates of the Caribbean itu sebagai menantu serta ahli keluarga baru.

Orlando dan Miranda dilaporkan mula berkenalan pada tahun 2007. Pasangan itu kemudian muncul pertama kali di khalayak ramai pada April 2008.

"Hubungan kami pada awalnya tidak lebih daripada hubungan sahabat. Namun ia kemudian bertukar menjadi cinta sedikit demi sedikit," kata Miranda dalam satu temu bual bersama majalah Hello! pada September 2008.

Dalam temu bual tersebut, Miranda turut memberitahu, Orlando telah mendapatkan nombor telefon bimbitnya melalui agensi kerana dia enggan memberi nombor telefon kepada aktor kelahiran Britain itu kerana dia sedang menjalin hubungan dengan seseorang pada waktu itu.

Mari kita lihat kenapa Orlando sanggup berbuat apa saja kepada Marinda. Tengok aksi Marinda di bawah.


Friday, July 30, 2010

Lindsay Lohan Berkawan Di Penjara dan imej kebomnya.



SELEBRITI Lindsay Lohan telah mempunyai beberapa rakan setelah beberapa hari tinggal di penjara.

Peguamnya, Shawn Chapman Holley turut memberitahu, Lohan yang menangis ketika dimasukkan ke pusat tahanan Regional Century di Lynwood, California mendapat layanan yang baik di penjara.

Pelakon filem Mean Girls itu telah dihukum kerana melanggar peraturan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Dia okey dan telah mempunyai beberapa orang rakan di penjara,” kata Holley kepada media.

Meskipun dijatuhi hukuman 90 hari, Lohan dijangka menjalani hukuman kurang daripada tempoh tersebut.

Ini pula gambar sensasi dan panas Lindsay Lohan.

Thursday, July 29, 2010

Anak Luar Nikah Michael Jackson Muncul


SEORANG wanita yang mendakwa menjadi anak luar nikah Raja Pop Michael Jackson (MJ) telah mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan pertalian darahnya dengan MJ.
Malah Petit Mocienne Jackson mendakwa kelahirannya pada 1975 cuba disembunyikan.
Dia mendakwa MJ telah menjalinkan perhubungan sulit dengan ibunya, Barbara sehingga mengandungnya. Media melaporkan Barbara ialah kakak kepada penyanyi Diana Ross.
Mocienne memberitahu, ketika dia berumur 9 tahun, Katherine Jackson yang merupakan kakak MJ merancang untuk “menculiknya” dan menghantarnya ke Belgium .
Katanya, ini bagi menjaga reputasi MJ yang amat popular pada ketika itu.

Dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah agung L.A. County, Petit juga mendakwa semua tujuh penculiknya telah dibunuh.
Mocienne yang kini tinggal di Belanda bercadang untuk tampil menuntut sebahagian haknya mewarisi harta pusaka MJ.
Dia sedang menunggu kebenaran hakim untuk memberikan kebenaran kepadanya melakukan ujian DNA.
Dia turut menuntut hak mengasuh anak-anak MJ sehingga dia dapat memberikan mereka kehidupan yang “lebih normal”.

Islamic Greeting Card