Showing posts with label Gossip Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Gossip Artis Malaysia. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Ella kunci mulut

DALAM usia 44 tahun, pastinya Ratu Rock, Ella sering ditanya bila mahu menamatkan zaman dara. Bukan tidak pernah timbul cerita mengenai percintaannya dengan seseorang, malah bakal berkahwin dengan jejaka pilihan. Namun sehingga kini, Ella atau nama sebenar, Nurzila Aminuddin masih membujang.

Terbaru, timbul gosip Ella hangat bercinta dengan jejaka muda yang dikenali sebagai Elan, 28, atau nama sebenarnya, Elan Hasyim Abd Rahman. Bibit percintaan mereka dikatakan bermula tahun lalu ketika Elan bekerjasama dengan Ella menghasilkan kulit album kompilasi penyanyi itu.

Ketika diajukan lebih lanjut mengenai perhubungan mereka, Ella cuba mengelak dan memberi jawapan selamat, no comment! Ternyata Ella memilih untuk berdiam diri mengenai cinta barunya ini, mungkin tidak mahu kisah lama berulang kembali apabila dirinya dituduh sengaja menjaja cerita kisah peribadi untuk menarik perhatian media.

Apabila mendapat ucapan tahniah dan mendoakan cepat bertemu jodoh, dalam nada bergurau, penyanyi ini menjawab Insya-Allah dan minta doakan agar jodohnya sampai.

Ella juga hanya tersenyum penuh makna apabila diusik mengenai aksi manjanya dengan Amir, pemain gitar utama yang mengiringi persembahannya ketika menjayakan konsert 1Malaysia Love Music sempena KL Tower Music Fest 2010 yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lebih-lebih lagi apabila Amir membuat kejutan buat Ella ketika jam melepasi 12 tengah malam, menandakan sambutan ulang tahun kelahiran Ella pada 31 Julai. Secara spontan, semua pihak menyanyikan lagu Selamat Harijadi buatnya. Ternyata Ella mengunci mulutnya dengan rapi mengenai cerita peribadi.

Apa yang jelas, Ella memang hebat dan membuat penonton terpegun melihat aksi lincahnya di pentas. Ternyata usia bukan penghalang kerana sepanjang 45 minit persembahan tanpa henti, tidak nampak langsung riak kepenatan di wajahnya. Suaranya tetap merdu seperti dulu.

Dalam konsert itu, Ella membuka pentas dengan lagu rancak Permata Pemotong Permata (PPP) dan mendapat sorakan meriah daripada peminat. Seterusnya, dia menghiburkan dengan barisan lagu popularnya iaitu Dua Insan Bercinta, Bayangan, Nuri, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta dan lagu baru, Menghilang. Semua peminat turut sama menyanyi bersama Ella.

Kepada peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi ini, malam itu penuh nostalgia kerana pasti terimbau semula kenangan lalu. Biarpun tidak banyak berinteraksi dengan mereka, peminat yang hadir tetap puas dengan persembahan Ella dalam konsert yang turut menampilkan Amuk, XPDC dan MAY itu.

Kata Ella, dia tiada masalah beraksi lincah kerana mengamalkan penjagaan kesihatan. Malah, gandingan yang baik dengan pemuzik pengiring turut memantapkan lagi persembahannya.

“Saya selalu buat latihan dengan pemuzik yang sama, jadi kami ada keserasian untuk buat yang terbaik dalam konsert ini. Lagipun menghiburkan peminat adalah sebahagian daripada kerja saya. Selain banyakkan latihan, saya juga kurangkan makanan pedas dan terlalu manis. Selain itu, tidur yang cukup juga penting untuk saya.

“Apa pun dalam setiap pekerjaan, minat itu sangat penting. Setiap kali beraksi, saya pasti akan berikan yang terbaik. Saya gembira dapat berkumpul bersama-sama artis seangkatan kerana biasanya saya hanya buat show sendirian. Peluang sebegini tak selalu datang,” katany

Ella yang sudah 25 tahun menyanyi, mengakui banyak perancangan yang akan dibuatnya seperti menghasilkan album terbaru. Sepanjang Ramadan, Ella akan berkurung di studio menyiapkan album terbarunya bersama Warner Music

Monday, August 23, 2010

Awal, Scha tertekan

PASANGAN artis bercinta bukan saja mendapat liputan meluas media untuk berkongsi rahsia hati mereka, malah menarik minat stesen televisyen untuk digandingkan bersama.
Pengacara dan pelakon kacak, Ahmad Awalluddin Ashaari atau Awal Ashaari, 29, turut digandingkan dengan Scha Al-Yahya dalam Prebet Jamilah yang akan disiarkan sempena meraikan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
Awal mengakui agak sukar untuk mereka menyesuaikan diri ketika di lokasi tetapi sebagai pelakon, mereka cuba memberikan yang terbaik kerana menghormati permintaan stesen TV yang ingin menggandingkan mereka bersama.

"Sekalipun masih boleh berlakon dengan baik, kami tak mampu mengelak tekanan. Sukar untuk saya jelaskan bagaimana keadaan itu tetapi kami pernah tidak bertegur sapa di lokasi. Jadi, saya fikir tak perlulah kami digandingkan lagi.

"Jika ingin bergandingan pun, dalam filem mungkin masih boleh. Tetapi, drama ia tak tentu lagi. Cukuplah dalam Prebet Jamilah yang penggambarannya dilakukan di Kem Terendak, Melaka. Cabaran besar bagi saya menjayakan drama ini.

"Bukan hanya plot ceritanya tetapi bagaimana berkomunikasi dengan baik bersama Scha. Ini kerana, risau juga kalau-kalau mengecilkan hatinya dan bermacam perkara difikirkan. Sebab itu, saya katakan memang kami sangat tertekan," katanya.

Menurut Awal, apapun berkat kesabaran mereka mampu mengatasinya. Segala dugaan dan rintangan dapat dilalui bersama. Sehubungan itu, semoga jodoh dipanjangkan Tuhan dan bagi Awal, dia sudah menemui wanita yang sesuai buat dirinya.

Katanya, dia seorang lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga. Jadi, apabila menjalinkan hubungan dengan wanita, dia selesa perkara itu diketahui ibu bapa. Malah, kata Awal, restu keluarga sangat penting dalam hubungan dibina.

Sekalipun sibuk dengan jadual pengacaraan dan lakonan yang padat, Awal dipilih buat tahun ketiga berturut-turut menjadi jurucakap kad keahlian Dot Red, pusat karaoke terkemuka, Red Box. Bahkan, baru-baru ini Awal melancarkan kad amal dan ucapan hari raya.

Bertempat di Red Box Ria, Sogo, ia adalah program kebajikan yang dilakukan Awal bersama pusat karaoke itu dengan kerjasama Unilever Food Solutions dan berlangsung sepanjang Ramadan ini. Kad ucapan itu boleh didapati di semua rangkaian Red Box di seluruh negara.

Kad ucapan itu boleh dimiliki semua pelanggan Red Box pada harga RM3. Malah, setiap RM2 yang dikutip daripada penjualan kad itu akan disumbangkan terus kepada Yayasan Nur Karangkraf untuk membantu golongan memerlukan.

PASANGAN artis bercinta bukan saja mendapat liputan meluas media untuk berkongsi rahsia hati mereka, malah menarik minat stesen televisyen untuk digandingkan bersama.

Pengacara dan pelakon kacak, Ahmad Awalluddin Ashaari atau Awal Ashaari, 29, turut digandingkan dengan Scha Al-Yahya dalam Prebet Jamilah yang akan disiarkan sempena meraikan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Awal mengakui agak sukar untuk mereka menyesuaikan diri ketika di lokasi tetapi sebagai pelakon, mereka cuba memberikan yang terbaik kerana menghormati permintaan stesen TV yang ingin menggandingkan mereka bersama.

"Sekalipun masih boleh berlakon dengan baik, kami tak mampu mengelak tekanan. Sukar untuk saya jelaskan bagaimana keadaan itu tetapi kami pernah tidak bertegur sapa di lokasi. Jadi, saya fikir tak perlulah kami digandingkan lagi.

"Jika ingin bergandingan pun, dalam filem mungkin masih boleh. Tetapi, drama ia tak tentu lagi. Cukuplah dalam Prebet Jamilah yang penggambarannya dilakukan di Kem Terendak, Melaka. Cabaran besar bagi saya menjayakan drama ini.

"Bukan hanya plot ceritanya tetapi bagaimana berkomunikasi dengan baik bersama Scha. Ini kerana, risau juga kalau-kalau mengecilkan hatinya dan bermacam perkara difikirkan. Sebab itu, saya katakan memang kami sangat tertekan," katanya.

Menurut Awal, apapun berkat kesabaran mereka mampu mengatasinya. Segala dugaan dan rintangan dapat dilalui bersama. Sehubungan itu, semoga jodoh dipanjangkan Tuhan dan bagi Awal, dia sudah menemui wanita yang sesuai buat dirinya.

Katanya, dia seorang lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga. Jadi, apabila menjalinkan hubungan dengan wanita, dia selesa perkara itu diketahui ibu bapa. Malah, kata Awal, restu keluarga sangat penting dalam hubungan dibina.

Sekalipun sibuk dengan jadual pengacaraan dan lakonan yang padat, Awal dipilih buat tahun ketiga berturut-turut menjadi jurucakap kad keahlian Dot Red, pusat karaoke terkemuka, Red Box. Bahkan, baru-baru ini Awal melancarkan kad amal dan ucapan hari raya.

Bertempat di Red Box Ria, Sogo, ia adalah program kebajikan yang dilakukan Awal bersama pusat karaoke itu dengan kerjasama Unilever Food Solutions dan berlangsung sepanjang Ramadan ini. Kad ucapan itu boleh didapati di semua rangkaian Red Box di seluruh negara.

Kad ucapan itu boleh dimiliki semua pelanggan Red Box pada harga RM3. Malah, setiap RM2 yang dikutip daripada penjualan kad itu akan disumbangkan terus kepada Yayasan Nur Karangkraf untuk membantu golongan memerlukan.

Awal berkata, usaha murni Red Box ini harus disokong memandangkan kemunculan Syawal sangat diraikan umat Islam. Bagaimanapun, tidak semua daripada kita bernasib baik dan mereka perlu dibantu seperti ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

"Saya harap dengan bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung. Saya berharap pelanggan setia Red Box akan memberikan sambutan yang baik kerana selain daripada berhibur, anda juga turut beramal," katanya yang turut meraikan harijadi ke-29 yang jatuh 6 Ogos ini.

Wednesday, August 11, 2010

Gejolak hati Aliff






SAAT menerima sepucuk surat pengesahan kemasukan Perkhidmatan Negara Singapura pada September 2009, Aliff Aziz, 19, tidak mampu membendung kesedihan. Ironinya, dia kecamuk rasa untuk berpisah sementara dengan keluarga dan karier sedang naik sementelah pasti ada transisi sepanjang dua tahun berlindung di bawah satu bumbung bersama ribuan peserta program berkenaan.
Puas memujuk dan menenangkan hati sendiri ditambah menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada kedua orang tua, anak muda tinggi lampai itu bagaimanapun terpaksa akur dengan 'seruan' yang mewajibkan dirinya mengerah segala keringat sebagai salah seorang warganegara bertanggungjawab.

"Sedih macam mana sekalipun, Khidmat Negara tidak mampu dielak oleh setiap kaum lelaki dan penghuni tetap generasi kedua di negara ini apabila mencapai usia 18 tahun. Mahu atau tidak, saya tetap kena hadapi program ini bersama rakan sebaya lain," kata Aliff yang mula ada sedikit keyakinan apabila dijelaskan keluarga pengalaman dalam kem tidak seteruk seperti disangka.

Mendaftar masuk hari pertama di pusat latihan Khidmat Negara penghujung tahun lalu, pemilik nama penuh Mohamad Aliff Aziz masih tidak mampu menerima hakikat. Tambahan pula, album baru, It's Aliff's Time baru disempurnakan pada bulan sama, dia berasa ralat kerana tidak berkesempatan melakukan promosi. 

"Hari pertama masuk, saya terlibat dengan orientasi dan melafaz ikrar setia sebagai rakyat Singapura. Kemudian, saya dapat uniform dan kena membotakkan rambut sebelum diagih kepada kumpulan digelar platun Alfa Company yang menghimpun seramai 100 peserta.



ALIFF tidak mahu peminat melupakannya dan album terbarunya diharap menjadi pengubat rindu.



"Dalam tempoh seminggu, baru saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta hilang sikit kerinduan terhadap famili. Lama juga masa diambil kerana sebagai artis dan dikenali ramai, ia membuatkan saya berdepan tekanan diganggu orang lain. Tetapi, lama-kelamaan, saya mula okey dengan peserta lain sampaikan jadi rapat pula dengan mereka.

"Tiga bulan pertama menjalani program ini tidak dinafikan sangat sukar. Bayangkan, saya yang memulakan hari seawal 5 pagi dan berakhir 5.30 petang kena berbaris di bawah terik mentari dan lakukan latihan menguji fizikal serta minda. Boleh cakap, saya kurang tidur dan penat tidak terkira," ungkap Aliff yang dilahirkan pada 16 Februari 1991.

Selepas tiga bulan berlalu, jejaka berbintang Aquarius itu mula ditauliahkan jawatan sebagai pelatih bagi memantau peserta untuk kemasukan baru. Waktu itu, Aliff menerima sedikit kelonggaran kerana hari bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. 

"Biarpun jadual agak ketat sepanjang hari, saya dan peserta lain bagaimanapun tetap dapat kebenaran untuk pulang ke rumah pada hari Jumaat dan pulang semula ke pusat latihan Ahad malam," jelasnya yang menghabiskan hujung minggu mengubat rindu dengan ahli keluarga dan memberi tumpuan terhadap kecintaannya dalam seni.

Lebih matang
Selepas beberapa bulan menggalas amanah sebagai peserta Khidmat Negara, dia mula melihat banyak perubahan dalam diri. Pada waktu sama, dia menyertai Pasukan Pertahanan Awam Singapura. Ia sedikit sebanyak mendidik Aliff menjadi insan lebih matang dan mengambil berat terhadap orang lain.


ALIFF akan menghabiskan latihan khidmat Negara Singapura dalam masa 17 bulan akan datang.



"Pasukan ini mengajar saya tentang tugas ahli bomba dan kumpulan paramedik yang memfokus cara menyelamatkan orang lain dan harta benda. Senang cerita, ia lebih terarah soal menghulur bantuan kecemasan apabila diperlukan sesiapa di sekeliling kita.

"Saya sebenarnya baru sedar Khidmat Negara punya signifikan tersendiri dalam hidup kami sebagai rakyat Singapura. Hendak cakap terlalu suka, saya percaya tidak ramai rakan seusia lain menyukai program yang mengambil jangka masa panjang ini.

"Cuma, saya nampak ada kelainan dalam diri termasuk berat badan mula naik. Selain itu, saya dapat menjaga paras kesihatan kerana sering jalankan pelbagai tugas mencabar dan mengajar diri jadi orang lebih berdisiplin dalam hidup serta kerjaya," tutur Aliff yang tinggal 17 bulan lagi bagi mengakhiri kursus Khidmat Negara.

Tuesday, August 10, 2010

Hati Aleeza luka teruk





PADA April lalu, peminat hiburan dikejutkan dengan laporan berita tentang perceraian talak satu pelakon dan model terkenal, Aleeza Kassim dan suaminya, Mohd. Fauzi Che Ros. Ketika media tertanya-tanya apakah puncanya.

Diam membisu seribu bahasa, menjelang Mei pula, pasangan itu bagaimanapun disahkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sebagai masih merupakan suami isteri yang sah apabila lafaz cerai Mohd. Fauzi pada 24 Januari lalu dikategorikan sebagai berbentuk hasrat tetapi tidak dilaksanakan.

Sejak itu, tiada lagi perkhabaran mengenai Aleeza dan Mohd. Fauzi. Apakah sebab Mohd. Fauzi melafazkan cerai, adakah pasangan itu yang sudah membina institusi perkahwinan selama empat tahun masih lagi bersama saat ini hanya tinggal menjadi persoalan tanpa jawapan.

Justeru, apabila Aleeza menjemput pihak media untuk menghadiri majlis pelancaran jenama pakaiannya, AK (Aleeza Kassim) di ibu kota baru-baru ini, peluang keemasan itu digunakan sepenuhnya untuk bertanya mengenai status hubungannya.

"Dia (suami) masih berada di sisi saya. Cerita mengenai perceraian itu amat panjang dan saya sudah cukup tertekan ketika itu. Kalau boleh saya tidak mahu mengungkit atau bercerita lagi pasal perceraian tersebut," luah Aleeza.


ALEEZA enggan mendedahkan punca perceraiannya kerana baginya ia sesuatu yang amat peribadi.



Hadir bersama suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Aleeza buat masa ini hanya mahu memberi tumpuan kepada kariernya.

Jika suaminya itu menolak dengan baik untuk memberikan sebarang komen, Aleeza pula sekadar mengulas ringkas. Enggan menghurai secara terperinci mengenai kisah personalnya, model berusia 37 tahun itu bagaimanapun berharap hubungan dirinya dan suami akan berpanjangan.

"Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan keadaan sebenar. Mungkin suatu hari nanti bila anda lihat dia (suami) tidak berada di sisi saya, maka anda tahulah. Tapi buat masa ini saya berharap kami boleh hidup bersama," akuinya.

Tidak menafikan dirinya berasa sedih ketika kejadian itu berlaku, Aleeza memberitahu, sokongan daripada orang terdekat membuatkan dirinya lebih tabah.

Namun, dia akur bahawa dirinya tidak boleh memutarkan semula masa kerana apa yang berlaku sudah berlaku.
"Isu ini telah melukakan hati saya dengan teruk. Benda itu (cerai) hendak jadi. Apa yang boleh saya lakukan? Tapi anda tidak perlu tahu kenapa ia terjadi kerana semua itu adalah terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. 

"Biarkan ia berlalu kerana tiada apa yang boleh dibuat sekarang. Saya sudah sembuh terutama dengan sokongan orang sekeliling. Saya juga kaunseling diri sendiri," ujar pemilik agensi vogue@work yang mengendalikan kursus peragaan buat model-model baru itu.
TIDAK mahu statik sebagai model dan pelakon sahaja, Aleeza kini mengorak langkah untuk bergelar ahli bisnes.


Menegaskan perceraian itu tidak mempunyai kaitan dengan orang ketiga, dia mengakui masalah yang timbul adalah disebabkan Aleeza dan suaminya sendiri.

Selain daripada isu perceraian, ramai juga yang menyatakan kebahagiaan Aleeza dan suami yang berusia 47 tahun itu adalah satu lakonan bagi mengaburi mata umum.

"Sama ada saya pura-pura bahagia atau tidak, orang luar tidak tahu. Media boleh menceritakan apa sahaja tetapi hanya diri saya yang tahu sama ada saya bahagia atau tidak. 

"Namun, sepanjang perkahwinan kami, dia sentiasa mengambil berat mengenai saya," tegasnya.
Bicara Aleeza jujur: "Saya amat menghormati suami. Dia sentiasa memberi sokongan tidak kira dari segi karier mahupun dalam hal lain."-Dipetik dari Kosmo.

Monday, August 9, 2010

Farish nikah tahun depan

AMBOI... amboi... amboi... tak sangka dalam diam pengacara popular, Farish Aziz merancang menamatkan zaman bujang tahun depan.
Sudah terang lagi bersuluh, terbukti Farish memang lelaki sejati. Kepada sesiapa yang melabelkan pengacara yang juga pelakon ini sebagai ‘adik-adik’, bertaubatlah. Jangan ditambah lagi dosa yang ada dengan penilaian luaran yang belum tentu sahih.

OK, berbalik kepada kisah mahu berkahwin, perkhabaran itu disahkan oleh Farish. Bagaimanapun, anak jati Kota Kinabalu itu belum memutuskan tarikh majlis ijab kabulnya. Ini kerana adik kepada kekasihnya masih menuntut di Australia dan keluarga memutuskan untuk menunggu bakal adik iparnya tamat pengajian terlebih dulu bagi membolehkan sama-sama meraikan hari bersejarah itu. Namun yang boleh dipastikan, majlis itu akan diadakan di bumi kelahirannya, Kota Kinabalu.

Yang buat I tertarik, hubungan cinta bakal pengantin ini sudah lama terjalin. Kata Farish, mereka menuntut di sekolah sama dan bercinta sejak tingkatan satu. Fuyooo... lama tu. Akui Farish, bukan senang mengekalkan hubungan selama itu. Banyak cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh, apatah lagi mereka selalu berjauhan.

Bagaimanapun, berkat restu keluarga kedua-dua pihak serta janji setia yang tidak pernah berubah, hasrat untuk bersatu sebagai suami isteri bakal menjadi kenyataan.

Gadis pilihan Farish adalah peguam di Kota Kinabalu dan pernah menuntut di Australia. Memandangkan karier bakal suri hidupnya baru bermula, Farish sanggup berkorban berulang-alik ke Kota Kinabalu untuk beberapa tahun selepas berkahwin nanti bagi memberi ruang buah hatinya membina kerjaya.

Bagus sungguh Farish. Sudahlah setia, sangat memahami dan bertolak ansur orangnya. Bertuah sungguh gadis yang bakal dikahwininya. I yakin ramai gadis di luar sana menangis apabila mengetahui jejaka idaman mereka akan bergelar suami orang tidak lama lagi.

Menangislah, jangan sampai guling-guling sudah! Buruk orang tengok

Sunday, August 8, 2010

CAK: Dali, Wana putus cinta

RASANYA masih baru lagi CAK dedahkan hubungan cinta Dali dan Wana, juara My Star LG musim pertama. Tup... tup baru-baru ini CAK dengar Wana tidak lagi bergelar kekasih Dali. Bahkan ketika sidang media pelancaran album Mizz Nina baru-baru ini, Dali datang sendirian. Walhal sejak bercinta ke mana-mana saja asyik berkepit dengan Wana.

Dalam pada itu ada suara nakal ‘berkicau’ kononnya perpisahan itu berpunca daripada orang ketiga. Yang mana satu betul, tidak pula CAK pasti kerana belum berkesempatan berbual dengan Dali mahupun Wana.

Namun pernah juga CAK terdengar pasangan selebriti ini ramai kenalan dan tidak mustahil berlaku salah faham di situ hingga membawa kepada perpisahan. Entahlah, hanya empunya badan yang tahu sebab musabab sebenar.

Biarpun tidak lagi bercinta, nasihat CAK jangan sampai bermusuhan. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh antara mereka dan lebih sesuai berhubung sebagai kawan.

Berbaik-baiklah kerana persada seni tanah air tidaklah sebesar mana. Bak kata orang Utara, pi mai pi mai tang tu jugak. Mana tahu di masa depan Dali dan Wana tiba-tiba berduet. Tak gitu?

Tuesday, August 3, 2010

Pelakon Malaysia merempat di Jakarta?

Aiyooo... amma... appa... apa dah jadi dengan sorang pelakon remaja tu? Lain yang dihajat lain pula yang jadi. Kononnya mahu cari nama di negara jiran, tapi tak menjadi. Akhirnya merempat. 

Agaknya dia teruja apabila tengok Ashraf Sinclair diterima baik di Indonesia. Dia pun mahu ikut jejak langkah kononnya dan terus terbang ke sana. Amboi adik, kalau ya pun nak cari nama di luar negara, kenalah bina nama di dalam negara dulu.

Pelakon baru ini memang belum terkenal lagi. Lakonannya hanya dalam beberapa drama dan tak pernah pegang watak utama. Kalau sebut nama pun agaknya orang akan tanya dua kali.

Adik oiii... kalau ya pun nak cari nama di luar negara, kenalah perkukuhkan nama di Malaysia dulu. Barulah orang luar akan pandang kita. Kalau setakat berlakon manja-manja dan orang tak kenal macam mana pihak di sana tu nak teruja dengan kita.

Sebab itulah sampai sekarang tak dapat job lagi. Dah dekat sebulan di sana belum ada orang terima dia sebagai pelakon. Dia ke sana kononnya dibawa oleh seseorang yang mengaku ada hubungan dengan pembikin drama di sana. Tapi habuk pun tarak.

Apabila orang itu sebut beberapa nama yang boleh dia percayai, maka dia percayalah. Agaknya dia baru terasa kemungkinan dia diperdaya dan mula mencari kenalan lain di sana untuk menumpang teduh. Kira nak menumpang di rumah kawanlah. Aik... ini dah jadi kes merempat ni. Bila dah susah baru ingat kawan.

Monday, August 2, 2010

Hubungan terlarang aktres remaja

TERKEJUT badak  mendengar cerita seorang teman  mengenai seorang aktres remaja popular ini. Dia sememangnya dikenali dengan watak gadis baik-baik atau kampung dalam kebanyakan drama yang dijayakan.

Bagaimanapun, watak baiknya hanya tinggal di kaca televisyen sahaja kerana aktres remaja ini yang pernah digosipkan bersama seorang artis lelaki sebenarnya menjalinkan hubungan terlarang bersama abangnya sendiri.

Perkara itu dilihat sendiri oleh teman  yang kebetulan berada di tempat kejadian dan menyaksikan mereka berdua saling berpelukan dan berkucupan.

"Aku tak sangka langsung aktres remaja itu berkelakuan sedemikian rupa. Aku ingatkan hubungan rapat antara dia dan abangnya seperti hubungan adik-beradik yang lain walaupun aku perasan yang rapat mereka agak lain macam sahaja.

"Rasanya ibu bapa mereka tidak tahu kerana kedua-dua mereka sudah tinggal sendiri, maklumlah anak orang kaya. Aku harap mereka cepat-cepatlah berubah," kata teman  lagi.

Aduh! Hubungan macam itu pun ada ke? hamba nak nasihatkan aktres remaja itu supaya sedar bahawa perbuatannya itu salah. Dalam banyak-banyak orang kenapalah abang sendiri yang dicintainya?

Tetapi hamba tidak tahulah pula sama ada mereka ini adik-beradik kandung atau sebaliknya. Ermmm...hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu.

Thursday, July 29, 2010

Gambar Ainul Aishah tak pakai Bra?

    
Ainul Aishah tiba-tiba mengemparkan dunia gosip Malaysia kita dengan tampil ke majlis pelancaran Drama Spa Qistina pada 29 march yang lalu dengan gaun satin merah jambu paras lutut.. gaun satin merah jambu paras lutut tu memang tiada masaalah dengan kami, tapi yang membuatkan ianya menjadi perbualan ramai ialah gaun tersebut dilihat seakan-akan Ainul Aishah tidak memakai bra… Beberapa pihak media telah meminta penjelasan daripada Ainul Aisha sendiri mengenai isu bra ni, jom kita baca apa kata Ainul Aishah…



“Gila tak pakai bra masa keluar, Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali bra. Disebabkan itulah bra tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik bra saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, I don’t have boops!”
“Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,”
Kira kontroversi Ainul Aishah tak pakai Bra ni hanya salah faham jer la kan… urm.. kami harap Ainul Aishah kenal apa itu Strapless bra, Strapless bra tu ialah bra tanpa tali, Lepas ni kalau rasa-rasa nak seksi-seksi bukak bahu tu pakai la Strapless bra yer.. Apa-apa pun MyGosip harap Ainul Aishah tidak patah semangat dengan kontroversi ni.. Kami suka tengok dia berlakon.. teruskan usaha.

Nak seksi katakan, macam-macam diaorang ni buat.

Islamic Greeting Card