Tuesday, August 3, 2010

Pelakon Malaysia merempat di Jakarta?

Aiyooo... amma... appa... apa dah jadi dengan sorang pelakon remaja tu? Lain yang dihajat lain pula yang jadi. Kononnya mahu cari nama di negara jiran, tapi tak menjadi. Akhirnya merempat. 

Agaknya dia teruja apabila tengok Ashraf Sinclair diterima baik di Indonesia. Dia pun mahu ikut jejak langkah kononnya dan terus terbang ke sana. Amboi adik, kalau ya pun nak cari nama di luar negara, kenalah bina nama di dalam negara dulu.

Pelakon baru ini memang belum terkenal lagi. Lakonannya hanya dalam beberapa drama dan tak pernah pegang watak utama. Kalau sebut nama pun agaknya orang akan tanya dua kali.

Adik oiii... kalau ya pun nak cari nama di luar negara, kenalah perkukuhkan nama di Malaysia dulu. Barulah orang luar akan pandang kita. Kalau setakat berlakon manja-manja dan orang tak kenal macam mana pihak di sana tu nak teruja dengan kita.

Sebab itulah sampai sekarang tak dapat job lagi. Dah dekat sebulan di sana belum ada orang terima dia sebagai pelakon. Dia ke sana kononnya dibawa oleh seseorang yang mengaku ada hubungan dengan pembikin drama di sana. Tapi habuk pun tarak.

Apabila orang itu sebut beberapa nama yang boleh dia percayai, maka dia percayalah. Agaknya dia baru terasa kemungkinan dia diperdaya dan mula mencari kenalan lain di sana untuk menumpang teduh. Kira nak menumpang di rumah kawanlah. Aik... ini dah jadi kes merempat ni. Bila dah susah baru ingat kawan.

No comments:

Post a Comment

Islamic Greeting Card