Monday, August 16, 2010

Dewi tolak aksi ghairah

JAKARTA: Walaupun sentiasa dikenali dengan aksi berani di depan kamera, kali ini Dewi Persik menukar sikap dengan menerima tawaran berlakon dalam filem lebih sopan. Bercakap kepada media mengenai filem terbarunya itu, Lihat Boleh Pegang Jangan, Dewi berkata, dia bersetuju membawa watak ditawarkan kerana skrip tidak memerlukannya bercium atau mendedahkan tubuh.

“Jika dalam filem ini ada adegan bercium, tentu saya tolak.

“Saya menerima tawaran ini kerana di dalamnya tiada adegan seperti itu,” katanya.

Dewi, 24, adalah artis yang lebih dulu dikenali sebagai penyanyi dangdut sebelum menceburi bidang lakonan.

Selebriti berdarah kacukan Cina itu pernah berkahwin dengan seorang lagi penyanyi dangdut, Saiful Jamil, pada Mei 2005 tetapi bercerai kira-kira setahun kemudian.

Kata Dewi, Lihat Boleh Pegang Jangan akan menjalani penggambaran sehingga Ramadan ini.

Filem genre itu dijadual ditayangkan di pawagam menjelang Aidilfitri.

Dalam filem produksi syarikat Maxima itu, Dewi membawa watak sebagai Salma, seorang penjual bakso wanita yang cuba dipikat dua lelaki.

Watak seorang daripada lelaki itu dipegang Dimas Seto.

Katanya, disebabkan penggambaran dilakukan pada bulan puasa, dia enggan membawa watak yang melampau.

“Ini filem komedi dan sesuai ditonton sesiapa saja,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Islamic Greeting Card