Monday, August 9, 2010

Farish nikah tahun depan

AMBOI... amboi... amboi... tak sangka dalam diam pengacara popular, Farish Aziz merancang menamatkan zaman bujang tahun depan.
Sudah terang lagi bersuluh, terbukti Farish memang lelaki sejati. Kepada sesiapa yang melabelkan pengacara yang juga pelakon ini sebagai ‘adik-adik’, bertaubatlah. Jangan ditambah lagi dosa yang ada dengan penilaian luaran yang belum tentu sahih.

OK, berbalik kepada kisah mahu berkahwin, perkhabaran itu disahkan oleh Farish. Bagaimanapun, anak jati Kota Kinabalu itu belum memutuskan tarikh majlis ijab kabulnya. Ini kerana adik kepada kekasihnya masih menuntut di Australia dan keluarga memutuskan untuk menunggu bakal adik iparnya tamat pengajian terlebih dulu bagi membolehkan sama-sama meraikan hari bersejarah itu. Namun yang boleh dipastikan, majlis itu akan diadakan di bumi kelahirannya, Kota Kinabalu.

Yang buat I tertarik, hubungan cinta bakal pengantin ini sudah lama terjalin. Kata Farish, mereka menuntut di sekolah sama dan bercinta sejak tingkatan satu. Fuyooo... lama tu. Akui Farish, bukan senang mengekalkan hubungan selama itu. Banyak cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh, apatah lagi mereka selalu berjauhan.

Bagaimanapun, berkat restu keluarga kedua-dua pihak serta janji setia yang tidak pernah berubah, hasrat untuk bersatu sebagai suami isteri bakal menjadi kenyataan.

Gadis pilihan Farish adalah peguam di Kota Kinabalu dan pernah menuntut di Australia. Memandangkan karier bakal suri hidupnya baru bermula, Farish sanggup berkorban berulang-alik ke Kota Kinabalu untuk beberapa tahun selepas berkahwin nanti bagi memberi ruang buah hatinya membina kerjaya.

Bagus sungguh Farish. Sudahlah setia, sangat memahami dan bertolak ansur orangnya. Bertuah sungguh gadis yang bakal dikahwininya. I yakin ramai gadis di luar sana menangis apabila mengetahui jejaka idaman mereka akan bergelar suami orang tidak lama lagi.

Menangislah, jangan sampai guling-guling sudah! Buruk orang tengok

No comments:

Post a Comment

Islamic Greeting Card