Sunday, August 8, 2010

CAK: Dali, Wana putus cinta

RASANYA masih baru lagi CAK dedahkan hubungan cinta Dali dan Wana, juara My Star LG musim pertama. Tup... tup baru-baru ini CAK dengar Wana tidak lagi bergelar kekasih Dali. Bahkan ketika sidang media pelancaran album Mizz Nina baru-baru ini, Dali datang sendirian. Walhal sejak bercinta ke mana-mana saja asyik berkepit dengan Wana.

Dalam pada itu ada suara nakal ‘berkicau’ kononnya perpisahan itu berpunca daripada orang ketiga. Yang mana satu betul, tidak pula CAK pasti kerana belum berkesempatan berbual dengan Dali mahupun Wana.

Namun pernah juga CAK terdengar pasangan selebriti ini ramai kenalan dan tidak mustahil berlaku salah faham di situ hingga membawa kepada perpisahan. Entahlah, hanya empunya badan yang tahu sebab musabab sebenar.

Biarpun tidak lagi bercinta, nasihat CAK jangan sampai bermusuhan. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh antara mereka dan lebih sesuai berhubung sebagai kawan.

Berbaik-baiklah kerana persada seni tanah air tidaklah sebesar mana. Bak kata orang Utara, pi mai pi mai tang tu jugak. Mana tahu di masa depan Dali dan Wana tiba-tiba berduet. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Islamic Greeting Card